BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006
Halaman Tiga
BH PILIH L3 17 emel
Bahasa penjana minda
TAHUKAH ANDA?
BICARAKARYAWANBersama Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming
DBP SETENGAH ABAD
Akta Pendidikan 1996
Cabaran Memperkembang Bahasa
Melayu dalam Era Teknologi
Maklumat
AKTA Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 dan bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Antara lain, Akta Pendidikan 1996 bertujuan :
l Memperkukuh kedudukan bahasa kebangsaan dengan menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
l Memantapkan dan menyelaraskan sistem pendidikan kebangsaan melalui kurikulum yang meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
l Mewajibkan Pendidikan Islam di semua sekolah termasuk sekolah swasta apabila terdapat lima orang atau lebih murid-murid Islam.
l Meningkatkan mutu program pendidikan dengan mewajibkan penggunaan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah di semua jenis tadika.
l Membudayakan pendidikan sains dan teknologi, dan mempertingkatkan pendidikan teknik di sekolah menengah teknik dan politeknik.
l Memperkukuh pendidikan guru bagi membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan program pendidikan guru di peringkat sijil, diploma mahupun ijazah ataupun secara berkembar.
l Membolehkan pengajaran bahasa suku kaum lain sekiranya ia munasabah untuk dipraktikkan dan diadakan.
Dengan adanya Akta Pendidikan 1996 ini maka hasrat dan cita-cita negara menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi mencapai Wawasan 2020.
Disediakan oleh Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi
APABILA berdepan dengan teknologi maklumat (TM), Internet, ruang siber, globalisasi dan liberalisasi, apakah yang terjadi dan akan terjadi kepada bahasa Melayu nanti? Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris, bahasa dunia!
Jawapan kepada soalan di atas terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekreatifan kita menggunakan bahasa Melayu, yang sudah mempunyai kekuatan dan status yang ada; bahasa yang keempat besarnya di dunia. Beberapa isu itu sudah dibincangkan dalam rencana saya dalam Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat itu bukanlah penganugerahan daripada kuasa Tuhan, tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi, politik dan lain-lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perdagangan, dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangnya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.
Untuk menghadapi cabaran baru dalam era TM dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi, lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan. Untuk berbuat demikian, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam TM perlu dihasilkan. Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik, guru, penerbit dan institusi penyelidikan. Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di depan komputer, Internet, pangkalan data dan portal. Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta dan pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.
Inilah masanya untuk kita melakukan suatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era TM. Jika tidak, kita akan karam dalam arus globalisasi yang juga digelorakan bahasa Inggeris, selain kuasa ICT (Information, Communication and Technology). Memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia kini sudah berpendidikan tinggi, maka seharusnya tahu melakukan kerja dengan lebih bijak, inovatif, kreatif dan produktif dan seharusnya mencontohi jejak langkah sarjana dan institusi di England, Amerika Syarikat dan Australia, misalnya dalam memperkembang bahasa Inggeris. Usaha itu sepatutnya dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan dengan bantuan teknologi maklumat. Daripada projek penyelidikan bahasa Inggeris seperti Technology Enhanced Language Learning (TELL) dan Computer Assisted Language Learning (CALL) yang dilakukan di England, Amerika Syarikat dan Australia, kini sudah ada data bahasa terbaca mesin yang boleh diperoleh dalam CD-ROM, Internet dan pakej elektronik yang lain tentang bahasa Inggeris.
Peluang untuk melakukannya terbuka luas kini dengan semakin banyak alat bantuan sudah tersaji di hadapan kita. Minat kita terhadap bahasa Melayu sudah meningkat ekoran peningkatan penekanan negara asing terhadap pasaran ekonomi di Alam Melayu. Cabaran kepada bahasa Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekonomi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, mencari mutiara maklumat, dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa pemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup. Perjalanan itu bukan sahaja panjang, tetapi juga berliku-liku dan penuh ranjau. Segala-galanya, menuntut peningkatan intelektual rakyat Malaysia dan pengintelektualan bahasa Melayu. Untuk melaksanakannya, lebih banyak buku dan pengarang diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam bidang IT. Sehubungan itu, portal www.malaycivilization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil dalam langkah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembang bahasa Malaysia sudah bertambah baik, semakin menjadi lebih menarik.
Penulis ialah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.
e-mel: dingukm@yahoo.com
PEDOMANPENTERJEMAHAn Bersama Sa'odah Abdullah
PERIBAHASA
Penterjemahan Frasa Bahasa Inggeris
Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
baik juga di negeri sendiri
KESUKARAN menterjemah frasa umum bahasa Inggeris adalah kerana sebilangan besar frasa tersebut bersifat idiomatik dan membawa maksudnya yang tersendiri dan perlu dianalisis maksudnya terlebih dahulu sebelum diterjemahkan. Jadi, terjemahan dibuat adalah terjemahan dinamik dan bertujuan untuk menyampaikan maksud sedapat mungkin dengan bersahaja dalam bahasa sasaran. Sebenarnya kandangkala ada beberapa variasi terjemahan bagi sesuatu frasa berkenaan (variasi yang diberikan hanyalah sebagai contoh).
Pada kali ini, kita masih lagi menterjemahkan frasa atau ungkapan umum bahasa Inggeris yang bermula dengan sendi “at”.
KITA selalu mendengar orang berkata: “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”. Kadangkala disebut juga “Hujan emas perak di negeri orang, hujan keris lembing di negeri kita, baik juga di negeri kita”. Peribahasa Melayu ini menggambarkan walau bagaimana mewah dan makmurnya negeri atau negara orang, negeri atau negara kita sendiri juga yang lebih baik. Peribahasa ini juga mempunyai persamaan dengan peribahasa Inggeris, “East or West, home is best”.
Oleh Raja Masittah Raja AriffinBahasa Inggeris at large belum dapat ditangkap BI: The robbers were still at large. BM: Perompak-perompak itu masih belum dapat ditangkap. at liberty (to do something) dibenarkan, diberi kebenaran BI: I’m not at liberty to comment on this matter. BM: Saya tidak dibenarkan membincangkan hal itu. at loggerheads bertelagah BI: Since they joined two different parties, the two friends havebeen at loggerheads.BM: Kedua-dua sahabat itu sering bertelagah sejak merekamenganggotai parti yang berlainan.at odds (with someone) berselisih faham BI: As colleagues they should not remain at odds. BM: Sebagai rakan sekerja mereka tak seharusnya berselisih faham. at once sekarang juga, dengan segera, dengan serta-merta; BI: You must leave at once! BM: Awak mesti pergi sekarang juga! at one’s wits’ end mati akal BI: I am at my wits’ end as to how we can solve this problem. BM: Saya mati akal tentang bagaimana kita harus menyelesaikan masalah ini. at length a. dengan panjang lebar /terperinci; b. akhirnya/kesudahannya BI: The said agenda will be discussed at length in the next meeting. BM: Agenda tersebut akan dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat akan datang. BI: Initially he was against the proposed project, but at length he gave his consent. BM: Pada mulanya dia membantah projek yang dicadangkan itu, tetapi akhirnya dia bersetuju. Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya at random secara rawak/rambang BI: He was killed by shots fired at random from the crowds.BM: Dia terbunuh oleh tembakan secara rawak dari arahorang ramai.at the outset pada awalnya BI: His business was booming at the outset until the war broke. BM: Perniagaannya maju pada awalnya hinggalah perang meletus. at the eleventh hour pada saat-saat terakhir BI: He studied for his examination at the eleventh hour. BM: Dia mengulang kaji untuk peperiksaannya pada saat-saat terakhir. at times kadangkala/ada kalanya BI: At times she feels the desire to meet her old friends. BM: Kadangkala dia berasa ingin bertemu dengan kawan-kawan lamanya. at this/that rate kalau begini/begitu keadaannya BI: At this rate we won’t be able to take a holiday. BM: Kalau begini keadaannya, tidak mungkin kita boleh bercuti. at the sight of; at the sound of; at the idea /thought of melihat; mendengar; mengenangkan, mengingatkan, memikirkan; BI: They laughed at the sight of the children’s antics. BM: Mereka tertawa melihat telatah kanak-kanak itu. BI: She jumped at the sound of the dog’s sudden bark. BM: Dia terkejut mendengar anjing itu tiba-tiba menyalak. BI: I am distressed at the thought of the number of Tsunami victims. BM: Pilu hati saya mengenangkan betapa banyaknya mangsa Tsunami. at the expense of (someone /something) sehingga menjejaskan /mengorbankan BI: She worked very hard for the event at the expense of her health. BM: Dia bekerja bersungguh-sungguh untuk acara itu sehingga menjejaskan kesihatannya.
KATA DIALEK
Bagak
BAGAK dalam dialek Perak bermaksud orang dewasa yang berbadan besar tetapi berperangai keanak-anakan. Contoh penggunaannya: “Usahlah kamu ambil hati dengan Dol, sebab dia tu bagak”.
Oleh Shariffulizan Malek
No comments:
Post a Comment