Wednesday 29 June 2011

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.
Saya berpendapat bahawa kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Antara program yang sedang dilancarkan kementerian pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
. Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu anak-anak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif. walau bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer di rumah mereka kerana , Teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer masing-masing di rumah

Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

Wednesday 22 June 2011

Cabaran Memperkembangkan Bahasa Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat






BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006
Halaman Tiga
BH PILIH L3 17 emel
Bahasa penjana minda
TAHUKAH ANDA?
BICARAKARYAWANBersama Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming
DBP SETENGAH ABAD
Akta Pendidikan 1996

Cabaran Memperkembang Bahasa


Melayu dalam Era Teknologi 


 Maklumat
AKTA Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 dan bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara bagi men­jadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Antara lain, Akta Pendidikan 1996 bertujuan :
l Memperkukuh kedudukan bahasa kebang­saan dengan menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
l Memantapkan dan menyelaraskan sistem pen­didikan kebangsaan melalui kurikulum yang meli­puti semua peringkat persekolahan dari pering­kat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
l Mewajibkan Pendidikan Islam di semua sekolah termasuk sekolah swasta apabila terdapat lima orang atau lebih murid-murid Islam.
l Meningkatkan mutu program pendidikan dengan mewajibkan penggunaan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah di semua jenis tadika.
l Membudayakan pendidikan sains dan teknolo­gi, dan mempertingkatkan pendidikan teknik di sekolah menengah teknik dan politeknik.
l Memperkukuh pendidikan guru bagi mem­bolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan program pendidikan guru di peringkat sijil, diplo­ma mahupun ijazah ataupun secara berkembar.
l Membolehkan pengajaran bahasa suku kaum lain sekiranya ia munasabah untuk dipraktikkan dan diadakan.
Dengan adanya Akta Pendidikan 1996 ini maka hasrat dan cita-cita negara menjadi sebuah nega­ra maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi mencapai Wawasan 2020.
Disediakan oleh Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi
APABILA berdepan dengan teknologi maklumat (TM), Internet, ruang siber, globalisasi dan liberalisasi, apakah yang terjadi dan akan terjadi kepa­da bahasa Melayu nanti? Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris, bahasa dunia!
Jawapan kepada soalan di atas terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekreatifan kita menggunakan bahasa Melayu, yang sudah mempunyai kekuatan dan status yang ada; bahasa yang keem­pat besarnya di dunia. Beberapa isu itu sudah dibincangkan dalam rencana saya dalam Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat itu bukanlah penganugerahan daripada kuasa Tuhan, tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi, politik dan lain-lain daripada manusia yang meng­gunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpadu­an rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah men­jadi bahasa perdagangan, dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangnya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.
Untuk menghadapi cabaran baru dalam era TM dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sum­ber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi, lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan. Untuk berbuat demikian, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam TM perlu dihasilkan. Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih ban­yak pengarang, penyelidik, guru, pener­bit dan institusi penyelidikan. Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di depan kom­puter, Internet, pangkalan data dan portal. Tanggungjawab memperkembang, memper­tahankan dan memodenkan bahasa kebang­saan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta dan pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.
Inilah masanya untuk kita melakukan suatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era TM. Jika tidak, kita akan karam dalam arus globalisasi yang juga digelorakan bahasa Inggeris, selain kuasa ICT (Information, Communication and Technology). Memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia kini sudah berpendidikan tinggi, maka seharusnya tahu melakukan kerja dengan lebih bijak, inovatif, kreatif dan produktif dan seharusnya mencontohi jejak langkah sarjana dan institusi di England, Amerika Syarikat dan Australia, misalnya dalam memperkembang bahasa Inggeris. Usaha itu sepatutnya dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan dengan bantuan teknologi maklumat. Daripada pro­jek penyelidikan bahasa Inggeris seperti Technology Enhanced Language Learning (TELL) dan Computer Assisted Language Learning (CALL) yang dilakukan di England, Amerika Syarikat dan Australia, kini sudah ada data bahasa terbaca mesin yang boleh diperoleh dalam CD-ROM, Internet dan pakej elektronik yang lain tentang bahasa Inggeris.
Peluang untuk melakukannya terbuka luas kini dengan semakin banyak alat bantuan sudah tersaji di hadapan kita. Minat kita terhadap bahasa Melayu sudah meningkat ekoran peningkatan penekanan negara asing terhadap pasaran ekonomi di Alam Melayu. Cabaran kepada bahasa Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekono­mi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, men­cari mutiara maklumat, dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa pemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup. Perjalanan itu bukan sahaja panjang, tetapi juga berliku-liku dan penuh ranjau. Segala-galanya, menuntut peningkatan intelektual rakyat Malaysia dan pengintelektualan bahasa Melayu. Untuk melaksanakannya, lebih banyak buku dan pengarang diper­lukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam bidang IT. Sehubungan itu, portal www.malaycivi­lization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil dalam lang­kah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembang bahasa Malaysia sudah bertambah baik, semakin menjadi lebih menarik.
Penulis ialah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.
e-mel: dingukm@yahoo.com
PEDOMANPENTERJEMAHAn Bersama Sa'odah Abdullah
PERIBAHASA
Penterjemahan Frasa Bahasa Inggeris
Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
baik juga di negeri sendiri
KESUKARAN menterjemah frasa umum bahasa Inggeris adalah ker­ana sebilangan besar frasa tersebut bersifat idiomatik dan membawa maksud­nya yang tersendiri dan perlu dianalisis maksudnya terlebih dahulu sebelum diter­jemahkan. Jadi, terjemahan dibuat adalah terjemahan dinamik dan bertujuan untuk menyampaikan maksud sedapat mungkin dengan bersahaja dalam bahasa sasaran. Sebenarnya kandangkala ada beberapa variasi terjemahan bagi sesuatu frasa berkenaan (variasi yang diberikan han­yalah sebagai contoh).
Pada kali ini, kita masih lagi menter­jemahkan frasa atau ungkapan umum bahasa Inggeris yang bermula dengan sendi “at”.
KITA selalu mendengar orang berkata: “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”. Kadangkala disebut juga “Hujan emas perak di negeri orang, hujan keris lembing di negeri kita, baik juga di negeri kita”. Peribahasa Melayu ini menggambarkan walau bagaimana mewah dan makmurnya negeri atau negara orang, negeri atau negara kita sendiri juga yang lebih baik. Peribahasa ini juga mempunyai persamaan dengan peribahasa Inggeris, “East or West, home is best”.
Oleh Raja Masittah Raja AriffinBahasa Inggeris at large belum dapat ditangkap BI: The robbers were still at large. BM: Perompak-perompak itu masih belum dapat ditangkap. at liberty (to do something) dibenarkan, diberi kebenaran BI: I’m not at liberty to comment on this matter. BM: Saya tidak dibenarkan membincangkan hal itu. at loggerheads bertelagah BI: Since they joined two different parties, the two friends havebeen at loggerheads.BM: Kedua-dua sahabat itu sering bertelagah sejak merekamenganggotai parti yang berlainan.at odds (with someone) berselisih faham BI: As colleagues they should not remain at odds. BM: Sebagai rakan sekerja mereka tak seharusnya berselisih faham. at once sekarang juga, dengan segera, dengan serta-merta; BI: You must leave at once! BM: Awak mesti pergi sekarang juga! at one’s wits’ end mati akal BI: I am at my wits’ end as to how we can solve this problem. BM: Saya mati akal tentang bagaimana kita harus menyelesaikan masalah ini. at length a. dengan panjang lebar /terperinci; b. akhirnya/kesudahannya BI: The said agenda will be discussed at length in the next meeting. BM: Agenda tersebut akan dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat akan datang. BI: Initially he was against the proposed project, but at length he gave his consent. BM: Pada mulanya dia membantah projek yang dicadangkan itu, tetapi akhirnya dia bersetuju. Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya at random secara rawak/rambang BI: He was killed by shots fired at random from the crowds.BM: Dia terbunuh oleh tembakan secara rawak dari arahorang ramai.at the outset pada awalnya BI: His business was booming at the outset until the war broke. BM: Perniagaannya maju pada awalnya hinggalah perang meletus. at the eleventh hour pada saat-saat terakhir BI: He studied for his examination at the eleventh hour. BM: Dia mengulang kaji untuk peperiksaannya pada saat-saat terakhir. at times kadangkala/ada kalanya BI: At times she feels the desire to meet her old friends. BM: Kadangkala dia berasa ingin bertemu dengan kawan-kawan lamanya. at this/that rate kalau begini/begitu keadaannya BI: At this rate we won’t be able to take a holiday. BM: Kalau begini keadaannya, tidak mungkin kita boleh bercuti. at the sight of; at the sound of; at the idea /thought of melihat; mendengar; mengenangkan, mengingatkan, memikirkan; BI: They laughed at the sight of the children’s antics. BM: Mereka tertawa melihat telatah kanak-kanak itu. BI: She jumped at the sound of the dog’s sudden bark. BM: Dia terkejut mendengar anjing itu tiba-tiba menyalak. BI: I am distressed at the thought of the number of Tsunami victims. BM: Pilu hati saya mengenangkan betapa banyaknya mangsa Tsunami. at the expense of (someone /something) sehingga menjejaskan /mengorbankan BI: She worked very hard for the event at the expense of her health. BM: Dia bekerja bersungguh-sungguh untuk acara itu sehingga menjejaskan kesihatannya.
KATA DIALEK
Bagak
BAGAK dalam dialek Perak bermaksud orang dewasa yang berbadan besar tetapi berperangai keanak-anakan. Contoh penggunaannya: “Usahlah kamu ambil hati dengan Dol, sebab dia tu bagak”.
Oleh Shariffulizan Malek